Wednesday, 26 September 2012

Rebakan Bandar & SOHO?

Assalamualaikum


Kali ini bercerita tentang kursus Elektif Pembandaran pula.
Dr. Anuar Amir sangat mengambil berat tentang masalah pembangunan bandar di Malaysia.
  Salah satu  masalah yang dihadapi ialah perebakan bandar.

Sebelum meneruskan perbincangan, saya ungkapkan dahulu maksud kawasan 'suburban’.
'Suburban' ialah kawasan yang berada di antara kawasan bandar utama
 dan beberapa bandar di sekitarnya, dengan kawasan luar bandar yang berhampiran bandar. 
Dari segi jarak, ia boleh berada dalam lingkungan sehingga 20 km.
Dari segi aktiviti guna tanah pula,  sebahagiannya masih belum dibangunkan.

Rebakan bandar ini memberikan beberapa kesan iaitu:

i) Jalan masuk semakin mudah ke kawasan kediaman.
ii) Status rumah milik sendiri berkurangan.
iii) Suasana kejiranan yang semakin menurun.
iv) Aksessibiliti ke kemudahan kesihatan lebih baik.
v) Tahap pendidikan ketua keluarga semakin tinggi.
vi) Assessibilti penduduk ke luar kawasan lebih tinggi.
vii) Pelupusan sampah mudah dilakukan.
viii) Keperluan kepada aktiviti keagamaan meningkat.
ix) Kadar kecurian dalam kediaman meningkat.
iix) Lokasi tempat kerja di Bandaraya meningkat.

(Sumber: http://dranuarjb.blogspot.com/)

Perebakan bandar yang berlaku di kawasan suburban 
mewujudkan penghimpitan pembangunan
yang tidak terancang dan tidak teratur susunannya.  Hal ini sedikit sebanyak memberi 
kesan kepada masyarakat sekeliling kerana berlaku pertindihan 
corak hidup dan budaya dari masyarakat desa yang permai kepada 
kehidupan bandar yang sesak dan tercemar.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah suburban yang berlaku ini, 
saya mempunyai cadangan dengan memperkenalkan konsep SOHO.




Apa itu SOHO?

SOHO ialah singkatan daripada perkataan Small Office Home Office di mana konsep 
pembangunan ini adalah merupakan perkongsian ruang pejabat dan kediaman 
pada masa yang sama pada satu-satu unit.

Secara umumnya, konsep pembangunan SOHO melibatkan: 

i) Ruang pejabat atau perniagaan bersaiz kecil tetapi efisyen. Lazimnya
bersekali dengan tempat tinggal.
ii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang berbentuk ‘jarak jauh’ 
berasaskan kepada penggunaan teknologi ICT iaitu 
perkomputeran, internet dan komunikasi.
iii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang tidak melibatkan kunjungan
pelanggan yang ramai, kurang intensif pekerja dan 
tidak melibatkan penstoran barangan.
iv) Kebolehan mencapai pelanggan yang luas melalui penggunaan teknologi ICT.
v) Kos pusingan (overhead) dan pengendalian yang rendah.
vi) Saiz isi rumah yang rendah.
vii) Tidak berbentuk kediaman untuk keluarga.

Illustrasi Garis Panduan SOHO

Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan SOHO bolehlah lawat http://www.jpbdselangor.gov.my/Laporan/BuletinRancang/JPBDbuletin_bil2_edisiKhas2.pdf

Pembangunan SOHO ini bukan sahaja mampu menjimatkan ruang dan memberi pelbagai kemudahan,
malah ianya juga merupakan salah satu jalan penyelesaian menangani
masalah perebakan bandar yang dihadapi di kawasan suburban.


Monday, 17 September 2012

Rerindu Li

Assalamualaikum

Seminggu kat UTM ni barulah dapat menstabilkan emosi dan perasaan.  Rindu dengan orang-orang Labuan tak payah cakap.  Oleh itu, maka seminggulah juga pelajar-pelajar 2SBW 2011/2012  menamatkan Latihan Industri selama tiga bulan.  Bagi aku tiga bulan tu macam sekejap ja walaupun aku rasa masa mula-mula masuk  dulu  'cepatlah habis kerja, cepatlah' (buruk tak perangai?).  By the way, aku dah tau kenapa LI tu dibuat dan sekarang saya rindu kamu.  

Oh yeah! Team merah nampak cun di situ, miss you guys :)

My Super Super Supervisor, Encik Tazrudin

Jutaan terima kasih warga Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan.  
Saya free nanti saya datang lawat kamu. *janji*