Wednesday 26 September 2012

Rebakan Bandar & SOHO?

Assalamualaikum


Kali ini bercerita tentang kursus Elektif Pembandaran pula.
Dr. Anuar Amir sangat mengambil berat tentang masalah pembangunan bandar di Malaysia.
  Salah satu  masalah yang dihadapi ialah perebakan bandar.

Sebelum meneruskan perbincangan, saya ungkapkan dahulu maksud kawasan 'suburban’.
'Suburban' ialah kawasan yang berada di antara kawasan bandar utama
 dan beberapa bandar di sekitarnya, dengan kawasan luar bandar yang berhampiran bandar. 
Dari segi jarak, ia boleh berada dalam lingkungan sehingga 20 km.
Dari segi aktiviti guna tanah pula,  sebahagiannya masih belum dibangunkan.

Rebakan bandar ini memberikan beberapa kesan iaitu:

i) Jalan masuk semakin mudah ke kawasan kediaman.
ii) Status rumah milik sendiri berkurangan.
iii) Suasana kejiranan yang semakin menurun.
iv) Aksessibiliti ke kemudahan kesihatan lebih baik.
v) Tahap pendidikan ketua keluarga semakin tinggi.
vi) Assessibilti penduduk ke luar kawasan lebih tinggi.
vii) Pelupusan sampah mudah dilakukan.
viii) Keperluan kepada aktiviti keagamaan meningkat.
ix) Kadar kecurian dalam kediaman meningkat.
iix) Lokasi tempat kerja di Bandaraya meningkat.

(Sumber: http://dranuarjb.blogspot.com/)

Perebakan bandar yang berlaku di kawasan suburban 
mewujudkan penghimpitan pembangunan
yang tidak terancang dan tidak teratur susunannya.  Hal ini sedikit sebanyak memberi 
kesan kepada masyarakat sekeliling kerana berlaku pertindihan 
corak hidup dan budaya dari masyarakat desa yang permai kepada 
kehidupan bandar yang sesak dan tercemar.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah suburban yang berlaku ini, 
saya mempunyai cadangan dengan memperkenalkan konsep SOHO.




Apa itu SOHO?

SOHO ialah singkatan daripada perkataan Small Office Home Office di mana konsep 
pembangunan ini adalah merupakan perkongsian ruang pejabat dan kediaman 
pada masa yang sama pada satu-satu unit.

Secara umumnya, konsep pembangunan SOHO melibatkan: 

i) Ruang pejabat atau perniagaan bersaiz kecil tetapi efisyen. Lazimnya
bersekali dengan tempat tinggal.
ii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang berbentuk ‘jarak jauh’ 
berasaskan kepada penggunaan teknologi ICT iaitu 
perkomputeran, internet dan komunikasi.
iii) Aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang tidak melibatkan kunjungan
pelanggan yang ramai, kurang intensif pekerja dan 
tidak melibatkan penstoran barangan.
iv) Kebolehan mencapai pelanggan yang luas melalui penggunaan teknologi ICT.
v) Kos pusingan (overhead) dan pengendalian yang rendah.
vi) Saiz isi rumah yang rendah.
vii) Tidak berbentuk kediaman untuk keluarga.

Illustrasi Garis Panduan SOHO

Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan SOHO bolehlah lawat http://www.jpbdselangor.gov.my/Laporan/BuletinRancang/JPBDbuletin_bil2_edisiKhas2.pdf

Pembangunan SOHO ini bukan sahaja mampu menjimatkan ruang dan memberi pelbagai kemudahan,
malah ianya juga merupakan salah satu jalan penyelesaian menangani
masalah perebakan bandar yang dihadapi di kawasan suburban.


4 comments:

  1. pembagunan SOHO masih kurang dibangunkan terutama di kawasan saya, Bandaraya Kuala Terengganu.. jd pada pendapat Cik hanis selaku Urban Planner di Labuan, patutkah pembangunan jenis ini dibangunkan di kawasan saya? bagaimana dengan perletakan lokasi atau faktor yang mampu membantu perkembangan SOHO itu untuk menarik pelabur?

    ReplyDelete
  2. pada pandangan saya, pembangunan sOhO ini sesuai di bangunkan di kawasan En. Din memandangkan Kuala Terengganu merupakan ibu negeri bagi negeri Terengganu sendiri. Soho mampu menjimatkan ruang kerana pelbagai aktiviti perniagaan dapat dijalankan di samping menyediakan ruang kediaman. Reka bentuk soho juga kemas dan tersusun di samping boleh menjadi mercu tanda kepada Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  3. bagaimana kita hendak menarik pelabur dalam pembagunan seperti ini??
    Jom kita berfikir out the box jap....camner kiter planner is not all about plan in map ...
    tapi dapat dijadikan sebagai realiti...dan bak kater hanis menjadi mercu tanda Kuala Terengganu ;>

    ReplyDelete
  4. Sedang cari maksud soho akhirnya jumpa kat sini, tq kerana info dikongsi amat berguna.

    ReplyDelete